Thursday, April 8, 2010

Seminggu Sebuah Buku

Tajuk Buku :- PENGENALAN SOSIOLOGI PNDIDIKAN
Pengarang:- T. MARIMUTHU
Terbitan:- Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam
Tahun:- 1996 (Cetakan Ketiga)
ISBN:- 967 65 1416 0
No. Pengkelasan:- 300/MAR
Jumlah Halaman:- 164 (Hitam putih tanpa gambar)

Buku ini mengandungi empat bahagian. Bahagian i - Sosiologi dan Pendidikan, Bahagian ii - Persekitaran Sosial dan Pencapaian Akademik, Bahagian iii - Sekolah dan Guru manakala Bahagian iv - Pendidikan dan Pembangunan Negara. Di antara yang menarik ialah buah fikiran salah seorang ahli sosiologi iaitu Max Weber (1864 - 1920) yang berpendapat bahawa kajian tentang interaksi sesama individu tidak hanya bergantung kepada kaedah-kaedah objektif dan kuantitatif. Ia juga harus mengandungi apa yang disebut oleh Weber sebagai verstehen, iaitu pemahaman simpati tentang apa yang difikir dan dirasakan oleh manusia (halaman 9).
Buku ini sesuai dibaca oleh ibu bapa dan guru-guru termasuk mereka yang meminati bidang pendidikan. Ianya membicarakan tentang tajuk persekitaran rumah tangga dan pencapaian akademik hinggalah ke tajuk pendidikan dan pembangunan negara.

Wednesday, April 7, 2010

Mesyuarat AJK PIBG SMK Simpang Bil.1/2010

Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang, Perak Sessi 2010 - 2012 akan mengadakan Mesyuarat AJK Bil.1/2010 mengikut ketentuan seperti berikut:-

Tarikh:- 9 April 2010 (Jumaat)
Masa:- 3.30 petang
Tempat:- Bilik Mesyuarat, Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang, Jalan Matang,
34700 Simpang, Perak

Kehadiran tuan/puan amat dihargai. Terima kasih.

Yang DiPertua,
Persatuan Ibubapa dan Guru,
Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang.

Selamat Datang - Welcome

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Blog ini adalah medan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris.

Saluran meluahkan pandangan tentang perkembangan semasa pendidikan, politik, ekonomi dan sosial.

Jadikan blog ini sebagai tempat berkongsi idea yang bernas dan bertanggunjawab demi meneruskan kelangsungan nikmat kemerdekaan yang sedang dikecapi.

Sekian, terima kasih.